Seorang kawan bertanya kepadaku ''ada tak doa utk kuatkan ingatan? Tolong ajarkan aku.'' Bila fikir balik,memang doa yang selama ini diamalkan adalah doa penerang hati,diamalkan supaya mudah terima pelajaran,mudah faham..bila hati dah terang,pelajaran pun dapat faham,mudah lah untuk ingat semua..kan? Tapi teringin juga nak cari doa khusus untuk kuatkan ingatan. Selepas membelek-belek beberapa kitab,masih juga tak jumpa. Cumanya, pengarang kitab '101 Doa Daripada Hadis-Hadis Sahih', Ustaz Zahazan Mohamed (semoga rahmat Allah keatas beliau berterusan) menganjurkan kita membaca doa berikut :
اللهم زدنا و لا تنقصنا، و أكرمنا و لا تهنا، و أعطنا و لا تحرمنا، و آثرنا و لا تؤثر علينا، و ارضنا و ارض عنا
Maksudnya: "Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami jangan Engkau hinakan. Berilah buat kami jangan Engkau tahan. Pilihlah kami jangan Engkau biarkan. Dan redailah kami dan redailah pula semua usaha kami."
Faedah: Imam at-Tirmizi meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W membaca doa ini selepas diturunkan kepada Baginda surah al-Mukminun. Walaupun hadis ini menurut beliau adalah Daif,namun makna hadis ini ada baik dan boleh diamalkan. Mudah-mudahan dengan mengamalkan doa ini setiap kali selepas belajar ataupun menghafal, kita dikurniakan keberkatan daripada apa yang dipelajari menyebabkan semuanya itu terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment